Dasar privasi ini menerangkan penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung melalui portal iKNOWLEDGE di km.anm.gov.my.
Semua penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
Tiada maklumat peribadi dikumpul semasa pengunjung melayari km.anm.gov.my kecuali maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung melalui e-mel atau pendaftaran di bahagian yang dilindungi dalam laman web ini. Maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi Kementerian Kewangan yang lain untuk membantu dalam penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan pertanyaan atau aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.
Walaupun km.anm.gov.my mempunyai pautan dengan laman web agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan dan agensi-agensi lain, dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web agensi lain yang dilayari.
Bagi tujuan meningkatkan tahap keselamatan dan kecekapan laman web ini, maklumat umum pengunjung seperti jenis browser, nama domain, nama negara dan lain-lain maklumat akan digunakan dalam pengumpulan dan penganalisaan maklumat demografi dan halaman-halaman yang sering dikunjungi oleh pelanggan. Walaubagaimanapun ianya tidak melibatkan privasi individu.
Pada masa ini, cookies tidak digunakan. Walau bagaimanapun, ianya mungkin akan digunakan pada masa akan datang.
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini.
Sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi km.anm.gov.my hubungi kami melalui korporat[at]anm.gov.my atau melalui borang pertanyaan yang disediakan.
Kami amat mengalu-alukan maklum balas dari pengunjung.