Sign In

Sistem Perakaunan Terimaan Kerajaan (eTerimaan)

 

eTerimaan telah dibangunkan secara elektronik bagi kegunaan Pusat Terimaan membuat pungutan untuk kerajaan. eTerimaan juga dibangunkan bagi menggantikan tatacara pungutan secara manual dan penyediaan penyata pemungut manual atau penyata pemungut eSPKB (Sistem Perancangan dan Kawalan Belanjawan Elektronik) bagi memperakaunkan pungutan. eTerimaan dapat mengawal pungutan dengan mengambil kira keperluan tatacara/prosedur kewangan yang berkuat kuasa. Selain itu, eTerimaan juga dapat memudahkan urusan pendaftaran pungutan melalui pos/mel, pengeluaran resit, serahan wang, penyediaan penyata pemungut, penyesuaian buku tunai dan pengemaskinian laporan yang kini dibuat secara elektronik.

Gambaran Aliran Kerja eTerimaan adalah seperti yang ditunjukkan di bawah:

carta alir eterimaan. 

Klik untuk besarkan gambar rajah Aliran Kerja eTerimaan

Disediakan oleh:

Unit Pelaksanaan
Pejabat Projek Aplikasi Kerajaan Elektronik (EG-AG)

 
Dimuat naik pada : 12 Mac 2010