Sign In
‚ÄčArtikel

Senarai semak tuntutan perjalanan dan elaun penjawat awam 

 

Pembayaran tuntutan perjalanan penjawat awam merupakan salah satu komponen bayaran utama yang diproses oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) di sesebuah kementerian / jabatan / agensi. Justeru itu, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) selaku Pejabat Perakaunan sentiasa peka akan kemusykilan yang dihadapi oleh PTJ di dalam memproses tuntutan perjalanan penjawat awam. Selaras dengan slogan JANM Inovasi Peneraju Kecemerlangan, satu inisiatif telah diambil oleh Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP) untuk menyediakan Senarai Semak Pembayaran sebagai panduan komprehensif bagi membantu PTJ memproses tuntutan perjalanan penjawat awam termasuklah tuntutan elaun-elaun lain.

Oleh kerana bidang perakaunan dan kewangan mencakupi skop yang luas, pihak BPOPP berpandangan adalah penting bagi pegawai-pegawai di PTJ sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dalam menjalankan tugas selaras dengan hasrat kerajaan bagi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam.

Panduan yang disediakan oleh JANM Pulau Pinang ini diharap dapat membantu penjawat awam mengemukakan tuntutan perjalanan berserta dokumen sokongan yang lengkap. Berikutan itu, PTJ dapat memproses tuntutan perjalanan dengan lebih mudah, cepat dan tepat. Ia juga secara tidak langsung membantu PTJ menjelaskan tuntutan dalam tempoh 14 hari selaras dengan Arahan Perbendaharaan 103(a).

Sebagai langkah permulaan sebanyak 17 senarai semak berkaitan tuntutan perjalanan dan 7 senarai semak tuntutan elaun-elaun lain telah pun disediakan bagi maksud membantu pegawai-pegawai yang melaksanakan tugas memproses bayaran di peringkat PTJ.

Senarai semak pembayaran tuntutan perjalanan

  1. TNT Rawatan Luar Stesen
  2. TNT Melapor diri kali pertama
  3. TNT Elaun lebih masa
  4. TNT Istiadat pengurniaan
  5. TNT Kursus dalam negeri
  6. TNT Peperiksaan
  7. TNT Mesyuarat luar negara
  8. TNT Kursus luar negara
  9. TNT Mesyuarat dalam negeri
  10. TNT Temuduga kenaikan pangkat
  11. TNT Mesyuarat persidangan diwartakan
  12. TNT Perpindahan
  13. TNT Pertukaran
  14. TNT Sapina mahkamah
  15. TNT Gantian tetap
  16. TNT Hari Perkhidmatan
  17. Bayaran elaun basikal

Senarai semak pembayaran elaun penjawat awam

  1. Bayaran penceramah
  2. Bayaran balik tempat letak kereta
  3. Skim pembiayaan yuran keahlian kelab rekreasi dan sukan
  4. Bayaran pakaian istiadat
  5. Bayaran pakaian panas bilik komputer
  6. Bayaran elaun pakaian panas luar negara
  7. Bayaran bantuan mengurus jenazah

Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)

Dimuat naik pada : 18 Februari 2011