Sign In

Pengurusan Wang Tunai

Definisi Wang Tunai - Piawaian Perakaunan Kerajaan (PPK) 7

Wangtunai terdiri daripada baki lejar Wangtunai Dalam Bank, Wangtunai Dalam Perjalanan, dan Wangtunai Dalam Tangan. Ia adalah sebahagian aset Kumpulanwang Disatukan.

Kategori Wang Tunai - PPK 2

Wangtunai dinyatakan dalam tiga kategori iaitu:

(i) Wangtunai Dalam Bank

Wangtunai Dalam Bank terdiri daripada baki lejar Akaun Semasa dan baki lejar akaun Deposit yang dikhaskan untuk tujuan tertentu.

(ii) Wangtunai Dalam Perjalanan

Wangtunai Dalam Perjalanan terdiri daripada wangtunai belum dibankkan dan wangtunai dalam bank yang belum diambilkira dalam Buku Tunai.

(iii) Wangtunai Dalam Tangan

Wangtunai Dalam Tangan terdiri daripada Panjar Wang Runcit.

Read More

Disediakan oleh:

Unit Pengurusan Wang Tunai
Seksyen Pengurusan Dana
Bahagian Pengurusan Operasi Pusat dan Agensi

Dimuat naik pada 18 Februari 2011