Sign In

Knowledge Management Perakaunan Akruan Bil.1_2012

 

Perakaunan Asas Akruan

Perakaunan asas akruan adalah di mana setiap penerimaan dan pengeluaran dicatat atau direkod ketika urusniaga tersebut terjadi, bukannya ketika tunai (wang/kos) untuk transaksi tersebut diterima atau dibayar.

Berdasarkan perakaunan asas akruan,

Belanja diiktiraf dalam tempoh yang sama dengan hasil diiktiraf (Macthing Principle). Ini adalah untuk memastikan semua kos yang dikenakan (incurred) untuk aktiviti perjanaan hasil / perkhidmatan yang diberi dipadankan dengan hasil. Oleh itu, semua kos yang berkaitan dengan aktiviti penjanaan hasil atau perkhidmatan yang diberi perlu dilaporkan dalam tempoh yang sama walaupun bayaran ke atas perbelanjaan tersebut belum dibuat/dibayar.

Hasil diiktiraf apabila :

1. Diperolehi (Earned) - adalah apabila produk telah dijual atau perkhidmatan telah dilaksanakan ; dan

2. Realized atau realizable - Realized adalah bermaksud tunai (wang) telah diterima manakala realizable bermaksud adalah munasabah untuk menjangkakan tunai (wang) akan diterima pada masa hadapan.

Sila klik Knowledge Management Perakaunan Akruan Bil 1_2012 untuk maklumat ringkas pelaksanaan perakaunan akruan di sektor kerajaan.

Disediakan oleh:

Unit Pengurusan Perubahan
Pasukan Projek Perakaunan Akruan (PPPA)

 
Dimuat naik pada 18 Julai 2012